7/30/2009

Di Mana Boleh Cari Ramai Melayu Part 1

Assalamualaikum WBT.

Disebabkan ana tengok blog ni adop update lagi, maka ana pun merajinkan diri kopi tampal entry ni dari bekas blog ana. mungkin artikel-artikel sebelum ni agak serius, tapi kali ni mari kita rehatkan minda dengan sedikit hiburan. Pantun ini bersifat jenaka tapi penuh unsur sindiran, sama-sama kita hayatinya. Moga dapat kita menginsafi kelemahan diri kita dalam menongkah arus globalisasi ini. ..


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu.

Di mana boleh cari ramai Melayu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu.

Di mana boleh cari ramai Melayu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu.

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu.

Apa hobi orang Melayu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu.

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ.

Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu

Kenapa Melayu jadi begitu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu.

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Sampai bila kita nak tunggu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu.


*******************************************


Habis Part 1, lepas ni akan muncul pula Part 2 kalau rajin. Insya-Allah..

by malayneum,
2255, 30/7/2009

7/23/2009

Simpang Siur Selepas SPM Part 2

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Insya-Allah kali ini penulis akan menyambung bahagian kedua dalam siri artikel cabuk ‘Simpang Siur Selepas SPM’ hasil nukilan penulis sendiri. Mungkin siri kali ini sedikit panjang, jadi tahniah kepada sesiapa yg berjaya membaca patah demi patah perkataan dalam artikel kali ini.

Dalam bahagian pertama, penulis berjanji utk berkongsi serba sedikit input hasil kunjungan penulis ke UTP pada 2 Julai yg lalu. Jadi, izinkan penulis menjadi penglipur lara buat seketika (betul ke penglipur lara? hantam sajalah labu... hehe).

Kata beliau, antara faktor utama rakyat bekerja di Malaysia tak lain tak bukan ialah kerana D-U-I-T. Maksudnya di sini kalau majikan offer gaji rendah.. ”Sori banyak2 la yer, saya tolak tawaran ini.” Apabila ganjaran menjadi ukuran, benda-benda lain tak ubah macam rumput kat tepi jalan.

Berbeza dengan satu survey yg dijalankan di Britain. Faktor utama yg mendorong seseorang itu bekerja di sesuatu tempat ialah kerana persekitaran kerja (working environment), yakni persekitaran yg kondusif dan menyeronokkan utk bekerja.

Apa sangkut-paut kait-mait nya? Apabila mereka happy di tempat kerja, maka produktiviti akan meningkat. Tak hairanlah kenapa orang-orang British tersenyum saja kat tempat kerja tapi kita orang Malaysia pulak tepuk kepala.

Mungkinkah ini minat anda?

Sekarang mari kita kaitkan pula emosi di tempat kerja dengan pilihan kita selepas SPM...

Kenapa kita tidak happy di tempat kerja? Mungkin kerana..... (skill Sedara aka Ikhwan) .. minat kita sendiri terhadap sesuatu kerja itu. Kita sendiri pun tak suka buat sesuatu tanpa rela hati bukan?

Bagaimana hendak happy di tempat kerja? Iaitu dengan melakukan sesuatu yg kita minat sebagai pekerjaan seharian kita tanpa perlu disogok dengan gaji ataupun pangkat.

Macam mana nak terjemahkan minat kita tuh sebagai pekerjaan/karier? Iaitu dengan bermula daripada peringkat awal, yakni pada peringkat lepasan SPM. Ya, inilah yang ingin ditekankan oleh penulis dalam siri artikel ini, iaitu pemilihan bidang yg tepat selepas menempuh SPM.

Bagaimana hendak memilih bidang yg kita minat? Jawapan kepada soalan ini agak subjektif kepada penulis, kerana terdapat banyak cara bagaimana seseorang itu dapat menentukan hala tujunya nanti.

Mungkin apabila kita melakukan sesuatu (seperti tanam pokok, baca buku biol-ogi), kita merasa minat kita datang utk mengulangi kembali perbuatan itu. Apabila sudah berulang-ulang kali melakukannya tanpa merasa bosan atau jemu, maka ternyatalah itu minat kita yg sebenarnya.

Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman penulis sendiri (harap tak muntah ijau ataupun mengantuk la yer.. huhu). Semasa di sekolah rendah dulu2, cita-cita nak jadi angkasawan. Tapi bila Dr. Sheikh Mudzaffar dulu pergi ISS, frust menonggeng dibuatnya (gurau je ni, bukan real ekk.. hehe).

Maka alkisahnya pada suatu hari masa penulis duk ’ngakah’ komputer buruk kat umah ni, nak dijadikan cerita makhluk Allah ni rosak la pulak. Dalam buat-buat pandai (wak bijok ah lebih kurang) pegi baiki, maka makin parahlah kerosakannye.

Zaman-zaman kegemilangan hobi 'PC modding'..

Bila pergi hantar kedai, entah macam mana hati terpaut bila tengok juruteknik kedai buka CPU (ikut term saloh isitlah ni). Siap baiki, bawak balik rumah. Tak puas hati, bukak sendiri pulak CPU tuh. Dari situlah minat penulis terhadap komputer bermula. Tapi sekarang ni rasa minat pulak study enjin terutamanya enjin motor. Pasal itulah penulis bercita-cita hendak menjadi pakar IT ataupun jurutera automotif.

Mungkin anda minat 'bermain-main' dengan enjin? Siapa tahu kan..

Sekian (sambil buat gaya Cg. Rahimah), itu contoh bagaimana penulis boleh tertarik dengan bidang IT dan automotif. Diri anda? Usah kita terikut-ikut minat orang lain, karena bak kata iklan, mata boleh menipu, mulut boleh berbohong tapi jiwa tak pernah curang.

Insya-Allah kalau penulis ada kesempatan dan idea, artikel ini akan disambung ke bahagian seterusnya. Ataupun adakah sudak muak? Jika ya, penulis tidak keberatan menekan butang ’ . ’ di keyboard ini. Kata anda?

Sekian, mohon maaf jika post kali ni menimbulkan rasa kurang senang terhadap pembaca. Akhir kalam, renung-renungkan dan selamat beramal...

by malayneum,
0001, 24/7/2009

Album 5 Muslim

bismillahhirrahmannirrahhim...

seperti mana yg telah sy umumkan dlm post terdahulu, kami di pihak pengurusan blog ini bercadang untuk melahirkan satu album biodata sahabat2 atau dlm kata lain ahli penduduk rakyat jelata 5 muslim..

cdgn sy mudah, setiap org akan 'dipaksa' secara rela oleh sy(haha) untuk menyerahkan sedikit maklumat diri untuk disiarkan di laman blog kita.. tujuan nya, agar kita terus dpt berinteraksi sesama sendiri lepas habis zaman uniform kita..

antara maklumat yg sy perlukan

-nama penuh(mengikut i.c malaysia)
-tarikh lahir(saja minta, jgn igt nk bg hadiah pulok)
-no yg boleh dihubungi(kalo takot nk bg no hfon sendiri, bg no tepon rumah,tepon mok ke ayoh ke,tokki ker,no jiran sebeloh ker, asal dpt dihubungi)
-alamat emel, blog, friendster, facebook, myspace, hi5(jika berkenaan)
-alamat rumoh(kalo bg ngan peta senang lg nk cr ms wat kenduri kawen kekgi)
-dan apa2 yg berkenaan(manalah tau ada saper2 nk bg extra info)
jd, sy sgt berharap idea sy akan diterima umum.. harapnya takdop org akan salah erti jauh sekali salah guna idea penghasilan album kelas kita nih.. walaupun mungkin nmpk serupa mcm ush yg telah dijalankan oleh pihak siber, namun sy rasa ini antara idea baik untuk warga 5a2..
p/s: kita start ngan ketua pastu penulun..haha..kpd en meerul, semoga bersetuju dgn idea ini.. mslh ngan en zubir tamat dop lg..sy mls nk nyibuk...hihi

7/21/2009

22 JULAI 2009

InsyaALLAH, esok, 22 Julai 2009, bermula 8 pg, satu fenomena dan keajaiban alam kurniaanNYA akan berlaku di Kuala Terengganu..

fenomena alam ini kali terakhir berlaku pd sebelas tahun lalu iaitu pd 1998..

hadis AL-MUGHIRAH bin SYU'ABAH r.a,

"gerhana matahari telah berlaku pd ms Rasulullah SAW di hari kematian Ibrahim, anak lelaki baginda. lalu Rasulullah bersabda : sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda2 kekuasaan Allah. Kedua2nya tidak digerhanakan kerana kematian mahupun kelahiran seseorg. Oleh itu, apabila kamu melihatnya, berdoalah kamu kepada Allah dan dirikanlah solat sehingga gerhana itu hilang"

(riwayat muslim)


untuk itu, satu solat sunat gerhana perdana akan dijalankan di Dewan Gemilang SHAMS bg menyahut sunnah Nabi Junjungan SAW kita...

7/20/2009

Simpang-siur Selepas SPM

Assalamualaikum WBT.

Insya-Allah dalam hasil tulisan penulis yg pertama khas buat blog kesayangan warga 5A2 ini, akan penulis kongsikan ilmu dan pengetahuan yg serba sedikit dan daif ini buat tatapan semua warga 5A2 dan pengunjung amnya.

Seperti yg sedia maklum, hala tuju kita selepas SPM amatlah banyak cabangnya, tidak ubah seperti jalan-jalan di bandaraya K. Lumpur (ape kaetan die ek? hahaha.. bantai jelah). Besar sekali kepentingannya utk kita memilih jalan yg terbaik dalam usaha utk menuju ke puncak kecemerlangan diri.

Kita boleh memilih sama ada utk memohon ke IPTA (seperti UIA, UKM, UM dan sebagainya melalui Unit Pengambilan Universiti - UPU), program matrikulasi, IPTS (kolej swasta seperti MMU, Limkokwing, PTPL), kolej-kolej komuniti dan politeknik serta Tingkatan 6. Namun, harus diingat pilihan kita pada masa inilah yg akan menentukan siapakah diri kita 10-20 tahun akan datang.

Pertamanya, pemilihan kursus-kursus atau aliran atau course dalam bahasa Inggerisnya. Ramai pelajar pada masa kini yg memilih kursus menurut pilihan ibu bapa. Mengapa demikian? Kerana ibu bapa mahu anak-anak mereka mengikuti kursus2 yg dikatakan sebagai 'glamour' dan mempunyai prospek kerja yg bagus.

Namun sebenarnya anak-anaklah yang sepatutnya bebas memilih bidang yg mereka suka. Mengapa? Kerana anak-anaklah yg akan belajar, bukan ibu bapa. Bukanlah maksud penulis utk kita menderhakai ibu bapa, tetapi jikalau kita silap perhitungan pada saat ini, maka bolehlah dikonklusikan bahawa masa depan kita bakal berdepan zaman kelam.

Pernah dengar engineer kilang berhenti kerja dan jadi penternak lembu di kampung? Ya, itu hakikat yg sebenarnya. Secara simbolik ini menandakan walaupun aliran yg anda ambil di universiti ’glamour’, namun sumber rezeki kita sebenarnya ada di mana-mana, tanpa memerlukan segulung ijazah (tapi jangan pulak lepas ni ada yg xnak sambung belajar kat U pulak.. hehe).

Konklusinya, bermula dari sekarang tetapkan hala tuju anda. Tidaklah kita akan terpinga-pinga bila orang bertanya, ”Nok jadi mende besor2 kekgi?”. Selami dan terokai sedalam-dalamnya diri anda, dan insya-Allah anda akan menemui suatu bidang yg bakal menentukan masa depan anda kelak.

Dalam bahagian kedua artikel cabuk ini, penulis akan ceritakan serba sedikit input daripada kunjungan penulis ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 2 Julai yg lalu. Mohon maaf jika artikel pertama ini sedikit bosan (ye ah, skema nok mappuh kate orang) , tapi sengaja penulis menggunakan bahasa baku demi kemaslahatan bahasa Melayu.

Finally, today’s small mistake will brings disaster tomorrow. The choice is in your hand, so use it for a better future.

malayneum,
1815, 20/7/2009.

7/15/2009

5A2 Pnyer Cerita

ramai yg memberi respon terhadap blog ini..antara komen yg sy dapati penting termasuklah identiti blog ini..

illegal kitchen ialah blog hak milik penuh students kelas 5 MUSLIM 2009 SMKA SHEIKH ABDUL MALEK... dikendalikan oleh saya(ANA) sahabat sy,NADIA SYAZWANI serta seorang lg classmate kami iaitu AMEERUL HAKEEM..

kelas kami yg tercinta ditabdir oleh seorang ketua kelas yg berkaliber iaitu EN TAUFIQ dan dibantu oleh CIK IZZAN ATHIRAH yg sgt bertanggungjawab thdp kami semua yg memang manja2 belaker sbb tuh izzan kena pesan mcm2 agar perjalanan kelas berjalan dgn lancar.. guru kelas kami ialah guru Biology kami sendiri iaitu PUAN WAHIDAH.. manusia lam kelas kami hanya 36 org, seme baik2 dan sopan2,hahaha..

okeh, untuk memperkenalkan semua org, sy akan bercerita mengenai semua classmate sy menerusi sudut pandangan sy,jgn berasa hati eyy, sy cerita ringkas2 ajer...

starting with EN TAHIR.. beliau ialah Ketua Pengawas Badan Pengawas Sekolah 08/09 yg pendiam dan serius,dan nasihat2 beliau mmg selalu menusuk hati... teruskan ush untuk membangun sekolah!!.. seterusnya EN AMEERUL HAKEEM.. beliau juga seorang pengawas sekolah yang tidak membenarkan sy menggunakan shortform.. well, masa sekolah rendah, beliau seorang yg sangat brilliant, sekarang pun mcm tu ehh itu juga..hihi... sebelah meerul ialah EN WAN HISHAM, beliau jgk seorang yg sgt brilliant dan suka tanya mcm2 kat cg dan budak2 yg tgh present, tp bgs lah untuk kecemerlangan bersama..hisyam ni sgt22 terlalu pandai CHEMISTRY,ala2 prof yg terlepas ke sekolah budak2 sekolah,haha....

next, EN IRSYAD, mmm,sbb sy tak terlalu kenal ngan irsyad, so tak dpt ler nk komen paper, tp dia pendiam, budak baik lar kot... pastu, EN IKHWANUL MUSLIMIN,hihi IKHWAN jer.. well, kalau irsyad pendiam, dia nih vice versa sket lar,hyperactive sket...hihi,tp dia le periuh suasana.. next to him is EN HAFID-ZU, atau PJOE..menurut tc eng kitaorg, dia muka mcm ZIZAN,ntah lar..

EN SYAKIRIN lak mmg pandai Math Mod, sbb yer salu dpt highest lam paper tuh, selain tu, yer jugak memegang jawatan pereka t-shirt kelas kami lar..haha.. EN ANAS lak seorg budak asrama yg pendiam jugak, cg math mod kitaorg lak salu panggil yer anas bin malik, ntah nape tya cg senirik lar... EN HELMEY lak ialah sorg genius lam2 bab percaturan, i mean, beliau merupakan juara catur peringkat negeri trg dah, walaupun beliau men dgn tgn yg patah, kemenangan ttp berpihak pd dia..

next to them ialah EN HANIF..beliau ialah KP Koperasi 08/09,seorang yg tak byk kerenah dan tak pernah pun wat bising,air yg amat tenang.. EN MD KHAIRULZAMAN ialah pengawas asrama turut merupakan ketua keceriaan yg jugak merupakan partner sy yg bertanggungjawab.. time kaseh sbb wat jdual kelas tuh!!hihi... last but not least, EN TAUFIQ yg merupakan ketua kami, ketua yg amanah dan komited menjalankan tugas2 beliau....

selesai bercerita ttg muslimin, now muslimat pulak..

starting with, CIK AKHLISAH, yg sy tak tau nk komen apa,haha, tp yer sorg yg pandai, jauh lar nk banding ngan sy,huhu... CIK FATIN NABILAH lak mmg genius Bahasa Arab..pendiam jer org nyer.. next, ialah CIK SHAHIDATUL MUNIRAH.. cuba angkat tgn saper2 yg tak knl dia.. sy rasa semua org yg dgr ucpn yer mesti akan meningkat motivasi mereka, right... CIK FARHANA (dgn muzik latar lagu farhana by jinbara) jugak seorang yg genius,simple n pendiam.. CIK NIK NADHIRAH mmg ler genius sbb tu ye dpt no satu aritu..jg merupakan satu-satunya pengawas sekolah muslimat di kelas kami..

sebelah nik is CIK MAWADDAH, yg salu bikin riuh kelas, kiranya penawar luka lar..hihi.. CIK SHAHIDA n CIK SHAHIRAH ialah antara manusia yg rajin lam kelas kami, as dorg salu hantar homework awl2 skali,ishhh2, bgs2 lar btol!!...

CIK AISYAH NADHIRAH pulak manusia yg sgt2 pendiam, suara dia pun kecik ajer, cumell sgt2.. CIK FARAH NINI pulak ialah pengawas siber yg kecoh,tp sgt pandai addmath,mmg sy tak mampu nk challange dah.. CIK FARAH NADZIRAH lak, sowg yg byk idea n pengetahuan umum..

next is CIK SYAZWANI yg pendiam jugak n sorg yg bijak2 sgt,salu bwk bekal yg sedap2 untuk dikongsi ngan kwn2 len.. CIK AINUN lak sowg yg sggggttttt suka gelak,hihi,penceria le katakan.. CIK NASIHAH kwn baik ainun yg tak byk songeh mcm ainun,hahaha,gurau jer,dua2 baik..

next is penulis blog ni iaitu CIK NADIA yg salu jer ust nazri slh panggil aida,jgk pandai math.. sebelahnya ialah penulung kelas kami iaitu CIK IZZAN ATHIRAH yg jgk sowg riuh rendah,tp mmg kuuuuuullllllll...next is, CIK AISYAH RADHIAH juga bendahari kelas kami, yg tak jd along lg lar stakat nih..hihi..

then sekawan budak asrama yg duduk dekat2 nih, iaitu CIK NASUHA, CIK FATIHAH n CIK NAJWA, walaupun mereka salu tdo, tp mrk memang bijak2 belaka...bestkan...

next, is CIK AFIQAH iaitu anak en nasa, cg EST kitaorg, orgnya tinggi lampai... CIK JASMINE RAWAIDA lak jiran sy,haha,nk citer gop oo.... CIK IZZAH lop ada sowg kembar kat kelas 4, pun jiran sy gak,hihi....

sekian anak2 beranak penduduk kampung 5A2 2009.....

harap takder yg terasa hati atas cerita sy kat ats nih... sorry yap...

jd sbg langkah lain, sy bercadang untuk buat biodata setiap students kls 5a2, anda setuju tak??

7/08/2009

Dengar cni sume!!!!!!

ni amaran t'akhir!!!
pas ni,
komen yg ngarut akn aku delete
xkire r sape pun anda yg mgomen
kalu ad sbarang unsur yg
ak rskan bleh wat org rse ati,
unsur ngumpat,
bla3,
ak delete
harap maklum!!

7/06/2009

jeng jenggggggg

tiba2 teringat sal sesuatu

apa kata kita buat lawatan kelas lps SPM nanti??

besstttttttttttttttttttttttttt......

tp mls wat ketas keje, kita gi senirik doh lah, tak yah nk libatkan pakcik zubir..hihi...peace!!

kOmEn plzz

straight 2 da point jew...

ada sesaper yg tak berkenan ngan cara penulisan sy??

maksud sy, sy nih sorg yg skema dlm menulis nih

tak suka tulis mcm 'NiH', tp prefer mcm 'ni'

sy lebih suka menggunakan bahasa MELAYU baku

bukan to mix2 them like r0jAk bUaH..

sbb

alasan pertama

blog ni blog umum, semua org akan baca

dua, kita akan menduduki SPM jd sy akan cuba gunakan BM baku dgn tatabahasa yg betul kalau ada pepatah pun sy akan cuba selitkan, jd anda akan mendapat input yg betul dan belajar sambil melayari blog...

jd, sila komen......

hal kedua

mengenai komen

sy benarkan semua org menyertai blog ini, maksud sy, sy benarkan semua menghantar cerita untuk disiarkan di sini, sy benarkan anda berchatting di sini, sy benarkan anda membuat komen di sini..

jd sy mohon kerjasama semua org, sila BERPADA-PADA menghantarkan pandangan anda itu ke blog ini kerana mungkin semua org akan membacanya dan kita tak mungkin akan tahu mungkin2 ada org yg terasa hati atau lain2 dgn pandangan kita tuh... jd jgn pulak nk buat blog nih tempat korang nk CARI GADUH...sy kecewa jika berlaku yg sedemikian krn satu sj matlamat sy untuk blog ni, merapatkan UKHWAH kita warga 5MUSLIM...

mmg sy pernah kata blog nih blog milik semua, tp jgn lah smpai salah guna pula...

RENUNG2 kan.........

PLKN!!!

dgrnya, dlm kelas kita ada 3 org(stakat ni lah) dah terpilih untuk menyertai PLKN...
antarnya, AMEERUL HAKEEM, SYAZWANI dan saper sorg lg dah tak igt..sowi ek...

sy phm perasaan manusia2 yg trauma mendengar ttg PLKN,tetapi PLKN sebenarnya byk kebaikannya.. selain untuk isi masa cuti kita lepas spm, kita dpt pglmn baru, jd yg sy lampirkan kat bwh ni(mmg copy paste jer) tp diharap dpt tambah input kepada kita ttg apa sebenarnya PLKN yg digeruni nih...

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan pada 16 Februari 2004. Idea untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ dicetuskan di dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat.

Peserta kongres mahu kerajaan melaksanakan program ‘kerahan tenaga’ ini untuk menyediakan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara, menangani perubahan-perubahan seperti teknologi baru, globalisasi, desakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang ‘tidak demokratik’ dan lain-lain; menanam semangat kesukarelaan kepada golongan muda memandangkan terdapatnya perkaitan antara ketiadaan sikap kesukarelaan dengan keadaan persatuan-persatuan yang ‘terkubur’;menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum memandangkan usaha yang sama melalui sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah kurang berjaya, kerana masih ada golongan yang mahu memisahkan anak muda mengikut kaum.

Peserta kongres menganggap program ini dapat mempertingkatkan semangat patriotisme golongan muda yang merupakan aset negara.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2002. JKMKT telah mendapatkan maklumbalas daripada rakyat dan membuat berbagai perbincangan dengan persatuan dan pertubuhan sebelum keputusan dibuat tentang pelaksanaan program ini.


objektif program ini termasuklah

~Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangangenerasi muda atau remaja Malaysia.
~ Mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional.
~ Membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni,~ Menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja.


konsep program ini pula

~ Berteraskan Rukun Negara.
~ Penyertaan yang menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari berbagai kaum.
~ Penyertaan diwajibkan dan tiada pengecualian melainkan atas sebab-
sebab kesihatan yang diiktiraf oleh doktor/hospital kerajaan.
~ Umur peserta di antara 16 hingga 35 tahun . Buat masa ini kerajaan
memutuskan penyertaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau seusia dengannya.
~ Jangkamasa program latihan tidak melebihi daripada enam (6) bulan.~ Kurikulum dibentuk dengan mengambilkira kepelbagaian kaum.
~ Melibatkan semua agensi kerajaan, swasta dan NGO.
~ Bukan berbentuk kerahan tenaga atau “Military Conscript”.
~ Mempunyai kurikulum yang berbagai disiplin.
~ Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu.
~ Dilaksanakan di kem latihan secara berterusan selama tidak lebih daripada 90
hari (di dalam PLKN Siri 1/2004 pelatih mengikuti Modul Fizikal di dalam kem dan Modul Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti di Institusi Pengajian Tinggi Awam).
~ Tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan tetapi mengenakan hukuman
untuk mengajar.

~ Menyeronokan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang masa.
~ Menjadi proses pembelajaran yang menarik minat serta berbentuk experiential.
~ Mengutamakan semangat muhibbah di dalam semua aktiviti yang dijalankan.~ Bilangan pelatih bagi setiap kem ialah antara 300 – 400 orang (di dalam PLKN
Siri 1/2004 seramai 680 – 720 orang pelatih berada di setiap kem).
~ Semua pelatih tinggal di dalam berek/blok kediaman dan tidak lagi dalam khemah seperti semasa Siri 1/2004. Setiap berek akan didiami oleh 25 orang pelatih.
~ Diwujudkan Kumpulan Naziran untuk pemantauan. Setiap pasukan naziran di bawah Majlis Latihan Khidmat Negara di peringkat negeri di seluruh negara dipengerusikan oleh seorang anggota Majlis.
~ Memastikan pelatih tidak dibebankan dengan subjek-subjek yang telah dilalui di sekolah.


nampak kan, byk yg baru kpd kita budak sekolah agama yg terhad aktiviti2 lasak nya... masa nih lar kita dpt mengenal dunia luar yg sebenarnya..

tetapi mmg lah tak dinafikan setiap benda ciptaan manusia ada kontranya(sbb tu kalo msk bhs n dpt posisi pembangkang pon ley mng, hahaha, kuar tajuk jap), namun, bak kata org tua2, yg baik jdkan tauladan yg buruk jdkan sempadan...

tahniah kat kwn2 kita yg terpilih ke PLKN nanti!

terima kasih

first of all, sy nk mengungkapkan rasa bangga sy kat kelas sendiri...

sepanjang sy kat shams,sy tak ponah jumpa lg ngan satu keluarga yg benar2 boleh berkomunikasi antara muslimin n muslimat dgn begitu baik...sy sgt banggan ngan organisasi yg lebih dikenali sbg 5 MUSLIM 2009 nih... sy merakamkan jutaan penghargaan sy kpd ketua kelas sy iaitu TAUFIQ dan penolong kelas, IZZAN yg sy rasa telah memainkan peranan dgn baik untuk merapatkan dan mencari perpaduan dlm kelas...

ok, ceritanya, ms sy mengumumkan penubuhan blog nih, ramai yg beri respon positif...dan kami dah buat pemilihan nama blog agar semua warga 5 MUSLIM berbahagia...

antara cadangan yg bernas:
  • MUSLEEM
  • e-NEKBAT
  • ILLEGAL KITCHEN
  • FRIENDS 4 LIFE
  • HIKAYAT BEKWOH SELASA
  • BLOGMU BLOGKU JUA
  • BLOGMU BUKAN BLOGKU

dan akhirnya idea geng Mawaddah menjadi pilihan iaitu ILLEGAL KITCHEN dan sy berasa bersetuju dgn idea ini krn kat SHAMS kelas kita jer op hok ader dapur op..hahaha

ok, sekali lg, sila lampirkan komen dan pandangan anda yg membina agar sy tak rasa idea sy membina blog serta masa yg telah dibazirkan berada di dpn laptop sia2 jer...dan kwn2, teruskan ush anda memberi sokongan anda..sokongan anda membuat sy terus hepi untuk menulis di sini..

Chatbox




ShoutMix chat widget
kat label tu, aku dh set label chatbox
so, pas ni, tkn je r ctu
jgn nk mrungut post ni duk bwh!!
chowzz

7/03/2009

Belangsungkawa

takziah daripada seluruh warga 5a2 kepada guru Bahasa Melayu kita, Pn Zahidah, kerana telah kehilangan ibunya pd Ahad,28 Jun 09..

semoga cg tabah menghadapi kehilangan tersebut....


semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersalam orang2 yang soleh..amin..
al fatihah~~~

7/01/2009

mukadimah

bismillahhirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt....

blog ini dibina atas satu objektif iaitu untuk mengukuhkan hubungan warga 5 MUSLIM 2009 kerana medium ini merupakan satu medium yg akan kekal.. insyaALLAH...

idea pembinaan blog ni dtg sewaktu sy sedang menjawab soklan midyear baru2 ni..hihi..pada mulanya sy bercadang untuk mewujudkan majalah khas kpd kelas kita walaubagaimanapun, ianya memerlukan kos yg agak tinggi...
dan blog merupakan satu medium yg sangat baik selain free, boleh dilayari oleh semua dan akan kekal...

untuk memriahkan blog ini, sebarang idea dan pandangan yg membina boleh lah diutarakan kpd saya selaku editor(kot, dgn bangga melantik diri senirik) melalui emel kelas kita iaitu :
kampungtualang5a2@yahoo.com atau anabella_chocolate@yahoo.com.

sebelum itu, kpd semua warga 5 MUSLIM anda dialu-alukan untuk berkongsi cerita anda (kalau blh yg berkaitan dgn kelas kita, sekolah, dll yg dirasakan bertepatan untuk blog rasmi kelas kita ini) dgn menghantar cerita dan lg best kalau dpt disertakan dgn gambar sekali kpd alamat emel di atas...

wassalam....
 

iLLeGaL KiTcHeN © 2008. Design By: SkinCorner