Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

11/17/2009

The Final Battle

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Semua orang tahu, esok tibalah saat-saat yang kita semua nantikan selama 11 tahun berada di bangku persekolahan, iaitu saat di mana kita akan menempuh sesuatu.

Sesuatu yang bakal menentukan masa depan kita, sesuatu yang bakal mengukur tahap kesiap-siagaan kita, sesuatu yang menjadi indikator pencapaian zaman remaja kita, dan juga sesuatu yang bakal menjadi penamat kepada status kita semua sebagai 'budak sekolah'. Penulis enggan mengulas lanjut, karena sudah semestinya semua orang cukup tahu dan cukup mengerti apakah 'sesuatu' itu.

Cuma apa yang ingin penulis ucapkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki 'sesuatu' itu, semoga sentiasa dibuka fikiran, diterangkan pandangan, ditenangkan jiwa, dan dilapangkan dada oleh Allah SWT. Walau sebanyak mana pun usaha kita, walau setinggi gunung pun keringat dicurah, walau segunung ikhtiar pun kita perah, namun semuanya kembali kepada Yang Satu.

Marilah kita imbas kembali saat-saat kita berjaya menabur jasa di bumi SHAMS ini 2 tahun lalu. Masih ingatkah kalian pada saat-saat itu, betapa kita berjaya memahat nama, mencipta sejarah sebagai batch terbaik dalam peperiksaan PMR? Oleh itu, penulis menyeru kepada sahabat sekalian agar kita dapat mengulangi pencapaian lalu. Semoga dimakbulkan Allah jua segala doa, harapan, dan impian kita.

Dalam mengharungi saat-saat getir seperti ini, usahlah kita lupa pada Dia. Dia yang telah memberi kita kekuatan, Dia yang mengurniakan pengetahuan, dan Dia yang menguasai segala urusan. Ya Allah, semoga kami dijauhkan dari segala ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dimakbulkan..


Akhirul kalam, penulis mewakili 2 lagi panel penulis dan sahabat-sahabat 5 Muslim yang lain ingin memohon jutaan ampun dan maaf buat semua kiranya ada khilaf yang telah mengguris perasaan dan masih berkudis di hati. Harapan kami, agar doa kalian dapat mengiringi perjalanan getir kami sepanjang minggu-minggu peperiksaan ini.

Sekian sahaja post terakhir penulis sebagai penghuni rasmi The Illegal Kitchen 5 Muslim 2009. Salam peperiksaan!

"Bittaufiq wannajah fil imtihan"
"Tiada halangan pahat sejarah yang cemerlang"
"Biar jasa jadi kenangan"


malayneum : harap ampun harap maaf, blog sudah 2 bulan tidak ber-update :x


by malayneum,
1258, 17/11/09.

8/22/2009

Salam Ramadhan




RAMADHAN adalah kurniaan yang amat besar daripada Allah kepada orang-orang Islam. Kurniaan ini hanyalah bermakna jika kita dapat menilainya dengan betul, jika tidak bulan Ramadhan akan tiba dan berlalu tanpa kita memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

Telah tercatit di dalam hadith bahawa : " Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya akan keutamaan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun sepatutnya menjadi bulan Ramadhan."

Para sahabat r.a. pernah berpuasa walaupun tatkala berjihad dan juga di dalam perjalanan yang sangat meletihkan dan melesuhkan walaupun Rasulullah SAW telah mengizinkan puasa itu dibuka. Akhirnya Rasulullah SAW terpaksa melarang mereka daripada berpuasa pada waktu begini. Begitulah kehebatan iman mereka, sehingga sanggup memaksa diri mereka agar tidak kehilangan keberkatan dan rahmat-rahmat tersebut.

psanan pnaja: slamat bpuasa sume!!!!!

8/20/2009

Jamuan Qabla Ramadhan 5A2



Alhamdulillah, kelas 5a2 bjaya mengadakan aktiviti kebajikan,huhuuu,dgn mengadakan satu majlis yg cukup gilang gemilang....
JAMUAN QABLA RAMADHAN 2009 5 MUSLIM
pada 19/08/09...
Dengan limpahan makanan, majlis ni pasti menjadi kenangan terbaik kita sepanjang tahun(lepas raya wat pulop deh)...
Berikut, adalah antara scene2 yg manyaksikan kegembiraan penghuni rumah oku(eyh termasuk saya), silap2, penghuni dapur tak berasap tp sentiasa mengadakan bekwoh gempak :)



kad jemputan kawen, eyh kad undangan yg tak seberapa


Inilah menu utama kami...MI GORENG!! beno nyer, periuk tuh takde ah berat sangat sampai ada 6 org angkut...hihi



jamuan kami ni turut dikenali sbg jamuan kek2 coklat sedunia


deretan dadih yg menggoda...yummmmyyyyy...buah tgn drp izzan...

limpahan makanan yg tergoda, eh, menggoda..ni baru kat meja muslimat, belum lagi tgk kat mja muslimin

apa yg penting.. KERJASAMA!!... muslimat(kecuali sy) illegal kitchen seme nye dah layak jadi maid..hahaha..gurau jer seme


wan hisyam turut menunjukkan ketereran beliau membancuh air sambil diiringi pembancuh air rasmi jamuan kita afiqah
"kami lapo!!" itu lah nada jeritan batin muka2 dlm gambo ini




ensem betul cg addmath kita, mengalahkan jejaka lain...hihi...cg lah, antara tetamu pertama yg hadir..

senyuman menggoda teacher syahirah....auuuuwww

khusyuk ajer ustaz zaidi makan...sedap tak ustaz??

"inilah puding-aura, yg telah membuatkan perot kami kenyang" kata cg Physics kami, yg sdg cuba berlatih untuk iklan bioaura yg seterusnya

anas sedang cuba meng'tackle' ustazah madziah...hahaha...ada paper ke nih??



berselera nya ustaz Nazri makan..harini tak bwk bekal ke ustaz???hiiiii



"pada hari ini, kita akan bertanding saper mkn sikit dia yg kalah,"kata Cg Wahidah sambil diperhatikan dgn teliti oleh cg2 yg lain

jauhnya cg termenung...cuba korang tgk background gmbr ni, eyyyhhh ada org main tudung periuk, saper lar tu...wat malu tanah air jer...haha

"mmm, sodap mee ni..buleh lar amek jd menantu kat adik si fathi tu...molep2"monolog teacher yg sempat sy curi2 dengar

candid pic....muka2 jejaka malayu terakhir..mwahaha..kalo berkenan sila contact sy di public phone berdekatan anda

turn kitaorg plak nk berposing maut yer....

adakah ini finalis gadis kemboja suku akhir...untuk undian sila taip NAMA<>ILLEGAL KITCHEN dan hantarkan ke talian rumah sy..


haaaa, mereka sdg cuba mengurat cg...ishk3

kecok tak ketua kami???hahaha....gura je ...kacak tak keTUA kami??


posing tetap posing...introducing our penulung ketua kelas yg baik hati, marukuuuu

ayin berposing cute dgn latar belakang yg sangat santekk

rajin betul kan abg KP kita....hiiiii


memperkenalkan,pnulis blog ini, walaupon illegal, tetap ada pnulis: inchek ameerul hakeem




memperkenalkan, pnulis kedua blog ini: chek nadia syazwani



penulis ketiga merupakan manusia yg sgt pemalu...jd takdop gmbo nk dilampirkan..hahaha...angkt bakul naik sendiri...bakul apa tuh??bakul terbang!

jamuan kami selepas itu disambung dgn satu aktiviti iaitu blaja biology....

blaja di atas meja yg penuh dgn mknn- itulah IMPIAN KAMI!!!



time kaseh kepada photographer yg tak bertauliah yg sedia memberi gambar2 yg menarik nih kpd sy...kpd sesiapa yg nk koleksi gmbr jamuan, boleh kasi itu pendrive sama sy..

7/21/2009

22 JULAI 2009

InsyaALLAH, esok, 22 Julai 2009, bermula 8 pg, satu fenomena dan keajaiban alam kurniaanNYA akan berlaku di Kuala Terengganu..

fenomena alam ini kali terakhir berlaku pd sebelas tahun lalu iaitu pd 1998..

hadis AL-MUGHIRAH bin SYU'ABAH r.a,

"gerhana matahari telah berlaku pd ms Rasulullah SAW di hari kematian Ibrahim, anak lelaki baginda. lalu Rasulullah bersabda : sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda2 kekuasaan Allah. Kedua2nya tidak digerhanakan kerana kematian mahupun kelahiran seseorg. Oleh itu, apabila kamu melihatnya, berdoalah kamu kepada Allah dan dirikanlah solat sehingga gerhana itu hilang"

(riwayat muslim)


untuk itu, satu solat sunat gerhana perdana akan dijalankan di Dewan Gemilang SHAMS bg menyahut sunnah Nabi Junjungan SAW kita...

7/06/2009

kOmEn plzz

straight 2 da point jew...

ada sesaper yg tak berkenan ngan cara penulisan sy??

maksud sy, sy nih sorg yg skema dlm menulis nih

tak suka tulis mcm 'NiH', tp prefer mcm 'ni'

sy lebih suka menggunakan bahasa MELAYU baku

bukan to mix2 them like r0jAk bUaH..

sbb

alasan pertama

blog ni blog umum, semua org akan baca

dua, kita akan menduduki SPM jd sy akan cuba gunakan BM baku dgn tatabahasa yg betul kalau ada pepatah pun sy akan cuba selitkan, jd anda akan mendapat input yg betul dan belajar sambil melayari blog...

jd, sila komen......

hal kedua

mengenai komen

sy benarkan semua org menyertai blog ini, maksud sy, sy benarkan semua menghantar cerita untuk disiarkan di sini, sy benarkan anda berchatting di sini, sy benarkan anda membuat komen di sini..

jd sy mohon kerjasama semua org, sila BERPADA-PADA menghantarkan pandangan anda itu ke blog ini kerana mungkin semua org akan membacanya dan kita tak mungkin akan tahu mungkin2 ada org yg terasa hati atau lain2 dgn pandangan kita tuh... jd jgn pulak nk buat blog nih tempat korang nk CARI GADUH...sy kecewa jika berlaku yg sedemikian krn satu sj matlamat sy untuk blog ni, merapatkan UKHWAH kita warga 5MUSLIM...

mmg sy pernah kata blog nih blog milik semua, tp jgn lah smpai salah guna pula...

RENUNG2 kan.........

7/03/2009

Belangsungkawa

takziah daripada seluruh warga 5a2 kepada guru Bahasa Melayu kita, Pn Zahidah, kerana telah kehilangan ibunya pd Ahad,28 Jun 09..

semoga cg tabah menghadapi kehilangan tersebut....


semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersalam orang2 yang soleh..amin..
al fatihah~~~
 

iLLeGaL KiTcHeN © 2008. Design By: SkinCorner