Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

11/17/2009

The Final Battle

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Semua orang tahu, esok tibalah saat-saat yang kita semua nantikan selama 11 tahun berada di bangku persekolahan, iaitu saat di mana kita akan menempuh sesuatu.

Sesuatu yang bakal menentukan masa depan kita, sesuatu yang bakal mengukur tahap kesiap-siagaan kita, sesuatu yang menjadi indikator pencapaian zaman remaja kita, dan juga sesuatu yang bakal menjadi penamat kepada status kita semua sebagai 'budak sekolah'. Penulis enggan mengulas lanjut, karena sudah semestinya semua orang cukup tahu dan cukup mengerti apakah 'sesuatu' itu.

Cuma apa yang ingin penulis ucapkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki 'sesuatu' itu, semoga sentiasa dibuka fikiran, diterangkan pandangan, ditenangkan jiwa, dan dilapangkan dada oleh Allah SWT. Walau sebanyak mana pun usaha kita, walau setinggi gunung pun keringat dicurah, walau segunung ikhtiar pun kita perah, namun semuanya kembali kepada Yang Satu.

Marilah kita imbas kembali saat-saat kita berjaya menabur jasa di bumi SHAMS ini 2 tahun lalu. Masih ingatkah kalian pada saat-saat itu, betapa kita berjaya memahat nama, mencipta sejarah sebagai batch terbaik dalam peperiksaan PMR? Oleh itu, penulis menyeru kepada sahabat sekalian agar kita dapat mengulangi pencapaian lalu. Semoga dimakbulkan Allah jua segala doa, harapan, dan impian kita.

Dalam mengharungi saat-saat getir seperti ini, usahlah kita lupa pada Dia. Dia yang telah memberi kita kekuatan, Dia yang mengurniakan pengetahuan, dan Dia yang menguasai segala urusan. Ya Allah, semoga kami dijauhkan dari segala ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dimakbulkan..


Akhirul kalam, penulis mewakili 2 lagi panel penulis dan sahabat-sahabat 5 Muslim yang lain ingin memohon jutaan ampun dan maaf buat semua kiranya ada khilaf yang telah mengguris perasaan dan masih berkudis di hati. Harapan kami, agar doa kalian dapat mengiringi perjalanan getir kami sepanjang minggu-minggu peperiksaan ini.

Sekian sahaja post terakhir penulis sebagai penghuni rasmi The Illegal Kitchen 5 Muslim 2009. Salam peperiksaan!

"Bittaufiq wannajah fil imtihan"
"Tiada halangan pahat sejarah yang cemerlang"
"Biar jasa jadi kenangan"


malayneum : harap ampun harap maaf, blog sudah 2 bulan tidak ber-update :x


by malayneum,
1258, 17/11/09.

7/06/2009

kOmEn plzz

straight 2 da point jew...

ada sesaper yg tak berkenan ngan cara penulisan sy??

maksud sy, sy nih sorg yg skema dlm menulis nih

tak suka tulis mcm 'NiH', tp prefer mcm 'ni'

sy lebih suka menggunakan bahasa MELAYU baku

bukan to mix2 them like r0jAk bUaH..

sbb

alasan pertama

blog ni blog umum, semua org akan baca

dua, kita akan menduduki SPM jd sy akan cuba gunakan BM baku dgn tatabahasa yg betul kalau ada pepatah pun sy akan cuba selitkan, jd anda akan mendapat input yg betul dan belajar sambil melayari blog...

jd, sila komen......

hal kedua

mengenai komen

sy benarkan semua org menyertai blog ini, maksud sy, sy benarkan semua menghantar cerita untuk disiarkan di sini, sy benarkan anda berchatting di sini, sy benarkan anda membuat komen di sini..

jd sy mohon kerjasama semua org, sila BERPADA-PADA menghantarkan pandangan anda itu ke blog ini kerana mungkin semua org akan membacanya dan kita tak mungkin akan tahu mungkin2 ada org yg terasa hati atau lain2 dgn pandangan kita tuh... jd jgn pulak nk buat blog nih tempat korang nk CARI GADUH...sy kecewa jika berlaku yg sedemikian krn satu sj matlamat sy untuk blog ni, merapatkan UKHWAH kita warga 5MUSLIM...

mmg sy pernah kata blog nih blog milik semua, tp jgn lah smpai salah guna pula...

RENUNG2 kan.........

terima kasih

first of all, sy nk mengungkapkan rasa bangga sy kat kelas sendiri...

sepanjang sy kat shams,sy tak ponah jumpa lg ngan satu keluarga yg benar2 boleh berkomunikasi antara muslimin n muslimat dgn begitu baik...sy sgt banggan ngan organisasi yg lebih dikenali sbg 5 MUSLIM 2009 nih... sy merakamkan jutaan penghargaan sy kpd ketua kelas sy iaitu TAUFIQ dan penolong kelas, IZZAN yg sy rasa telah memainkan peranan dgn baik untuk merapatkan dan mencari perpaduan dlm kelas...

ok, ceritanya, ms sy mengumumkan penubuhan blog nih, ramai yg beri respon positif...dan kami dah buat pemilihan nama blog agar semua warga 5 MUSLIM berbahagia...

antara cadangan yg bernas:
  • MUSLEEM
  • e-NEKBAT
  • ILLEGAL KITCHEN
  • FRIENDS 4 LIFE
  • HIKAYAT BEKWOH SELASA
  • BLOGMU BLOGKU JUA
  • BLOGMU BUKAN BLOGKU

dan akhirnya idea geng Mawaddah menjadi pilihan iaitu ILLEGAL KITCHEN dan sy berasa bersetuju dgn idea ini krn kat SHAMS kelas kita jer op hok ader dapur op..hahaha

ok, sekali lg, sila lampirkan komen dan pandangan anda yg membina agar sy tak rasa idea sy membina blog serta masa yg telah dibazirkan berada di dpn laptop sia2 jer...dan kwn2, teruskan ush anda memberi sokongan anda..sokongan anda membuat sy terus hepi untuk menulis di sini..

 

iLLeGaL KiTcHeN © 2008. Design By: SkinCorner