Showing posts with label lepas SPM. Show all posts
Showing posts with label lepas SPM. Show all posts

1/09/2010

BOSAN??jangan tiru aksi ini!

Kenapa semua ni berlaku??adakah kerana semua ex-illegal kitchen telah bersara??knape takde sambutan??sy fedup menulis kalo korang tak respon.....

memandangkan ramai drp kwn2 yg merungut bosan(padahal cuti baru je,tak sampai sebulan lagi),sy ada menukilkan beberapa idea,yg mebi,mmmm,korang pandai2 lar pikir sendiri...
1)melawat shams 3 kali sehari
aktiviti ini menunjukkan anda sgt sygkan shams,tak mampu berenggang walau sesaat(konon lar,time sekolah dulu,kerja memonteng,dia la hero)..aktiviti ini akan membuatkan anda dikagumi oleh junior"ooohh,lihat itu,senior kita yg sygkan shams" selain turut menjadi bahan bualan tetap para guru "eyh tu kan si polan...bagus betol budak tu..selalu jenguk kita kat sini".... mmg korang akn mengecapi kepopularan yg terhebat,lg popular dikomparekan dr karam singh walia..serius...tp,tolong JANGAN lakukannya,krn mereka yg di sekolah akn menjadi sgt muak dgn wajah korang yg tak lah sehensem karam singh walia, dan mungkin akn melabel korang sbg 'wayar dah tercabut'
2)membuat pemalsuan kad pengenalan
kerja gila ini dibuat semata-mata supaya korang dpt back to school bersama-sama adik korang.. so korang pun ubah bday korang pd thn 1997...pastu,buat2 muka innocent,suci,nerd etc etc dan berjaya masuk kls f1....eyyhh,tolonglah...korang dah nak masuk 18..dah tua...sedarlah sikit kan.. yg ni pun tolonglah jgn buat eventhough korang desperate sgt tgk adik korang pakai pakaian seragam baru ke sekolah,kerana korang akn menjadi extra brilliant dlm kls tuh mengalahkan prestasi razlinan n tarmizi...kesian lar kat dorang kan...
3)tlg ganti cg yg amik mc,cuti sakit,etc etc
wow,korang mmg sgt syg kan sekolah,rindukan cg2,dan mungkin ada niat nk merasa duduk di tampuk para guru...tp mungkin korang akan bernasib baik kerana mungkin korang dpt merasa duduk di kerusi pk atau lg best pengetua yg mungkin ketika itu cuti sakit..idea korang untuk menghilangkan kebosanan ini akan meningkatkan prestasi sekolah sbb semua masa kosong cg2 yg mc ni akan diambil alih oleh korang,so no more ponteng for hidu bau toilet..mungkin dalam masa sebulan,korang akn menerima anugerah guru cemerlang shams,mengalahkan cg noormi seterusnya menimbulkan rasa jeles ustazah che hamidah n cg ida krn kredibiliti anda...namun mungkin sebaliknya,korang akn berjaya mendaftarkan diri dlm kelab tanjung rambutan fc lebih awl dr majlis penganugerahan award cemerlang tu...
4)berpura-pura jd cg praktikal
berpura-pura jd cg praktikal adalah idea yg baik kpd korang yg memiliki wajah mature(yg over)..korang berpura-pura jd lepasan upsi dan dtg ke shams sbg cg praktikal atau cg ganti kpd cg2 yg cuti bersalin..lama jugak tempoh jawatan tu...so mmg korang takkan ada istilah bosan.. ooohhhh,ini sgt best,sbb korang scr tak langsung akn terlibat dlm mesyuarat2 sekolah, dan membincangkan itu ini untuk kepentingan sekolah...waaa,bestt...selain tu,korang dpt belajar balik apa segala yg korang bakal ajr student2 korang cthnya add math sal differentiation atau nahu atau balaghah....tp sygnya,korang sdr tak yg korang sdg menggantikan tmpt cg lah n ustaz nazri yg sah2 tak pernah bersalin...heran kan??!
5)berpura-pura jadi chef baru untuk kafe haji mokhtar
oooohhhh,idea ni sgt bagus!!i really look foward kat sesiapa yg teringin cari part time job kat kantin sekolah sendiri...ini kerana,korang akan menyumbang jasa yg paling besar dlm proses tumbesaran pelajar shams,yg rata2nya hampir terbantut krn kurangnya nutritious dlm mknn kat kafe tersebut...dgn kehadiran korang sbg chef baru, korang akn memberi sinar baru dlm industri mknn shams,selain akn membawa keuntunggan kpd tokey kantin.....tp sygnya,hasrat murni korang tak tercapai krn pada ketika korang baru saja menghulurkan resume anda, korang akan mendapat layangan kawah2,periuk2 dan kuali2 besar kantin,kerana, saper lar nk laburkan duit nk byr gaji korang,selain korang akn dileteri mengenai harga2 barang yg naik...bla bla..try me...sy da msk ngan harga mee kuning yg selalu meningkat(itu saja ke modalnya)
6)berpura-pura jadi tukang sapu
part time job ini sgt bagus kerana selain menunjukkan anda pencinta sekolah anda juga akn dikenali oleh karam singh walia dan penonton tv3 kerana anda adalah pencinta alam yg sanggup mengabadikan waktu lps spm anda sbg tukang sapu di sekolah sendiri....anda juga bakal meringankan beban makcik2 tukang sapu yg dulu selalu menjaga kebersihan kaki lima blok f5( yg menunjukkan f5 sgt mls mengemas kelas masing2 walaupun da besar panjang)...tp mungkin jugak korang akan menerima anugerah penyapu dan menjadi lebih popular drp semkontroversi yang menghimpit para menteri seketika dahulu..
7)jadi guard tambahan
ini bagus untuk mengelakkan pecah masuk ke bilik guru dan koperasi shams..kejadian buruk ini berulang kali berlaku,dan korang sbg new guard yg brilliant(sbb br je tamatkan spm korang dan masih memiliki tenaga) mungkin dapat menghalang drp berulangnya kejadian ini sehingga menimbulkan trauma dlm kalangan guru2 kita(masih terngiang-ngiang rugutan cg rahimah).. serius,kehadiran korang yg telah menyelamatkan sekolah dr sebarang bahaya akan menyebabkan korang akan naik pangkat dan akan layak menjaga swiss bank suatu masa nanti..
8)jadi pembantu makmal Chemistry
sering kita mendengar rungutan kita sendiri,kenapa kita tak buat eksperimen ni,sayang betul.... dan jawapannya,krn pembantu makmal kurang...jd jwtn kosong ini mungkin terbuka kpd wan hisyam je...haha...sbb dia je yg hafal segala macam formula,salts itu,acid ini,charge2 itu ini etc etc...dgn pengisian jwtn ini,pljr2 junior,akn menerima garis panduan yg lagi khusus untuk menjalankan eksperimen2 dgn guidance oleh wan hisyam...haha...dan ini mungkin akn meningkatkan prestasi students kita dlm chemist...lalala
p/s:sy makin kuat merapu,kan?...hadoiii.....sy bercita2 nk mengisi borang pengawas toilet shams seterusnya menjalankan eksperimen kenapa shamsians kuat melepak di toilet...ada tak dgr2 jwtn kosong?

1/07/2010

back to school

assalamualaikum wbt...


hopefully, kalian semua masih ingat akan kewujudan blog ini...walaupun kita tidak lagi menguasai tampuk pemerintahan illegal kitchen di SHAMS, tp illegalkitchen.blogspot masih kekal di sini,kekal di hati ini..
so,apa citer korang sekarang??sihat?diharapkan sihat sejahtera selamanya dlm limpahan kasih syg ALLAH...
as sy nk bercerita pon takde modal,apa kata korang plak bercerita sal aktiviti korang spnjg cuti lps, plan korang memenuhi masa lapang,or kalo korang ada peluang2 pkerjaan ke, sbb sy tgh merisik kerja kosong gak...tp byk songeh...kiki
apa pun,nasihat sy,tolong jgn sebut perkataan BORING/BOSAN etc etc yg menunjukkan korang tak bersyukur ats kelapangan waktu yg korang miliki sekarang...

7/23/2009

Simpang Siur Selepas SPM Part 2

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Insya-Allah kali ini penulis akan menyambung bahagian kedua dalam siri artikel cabuk ‘Simpang Siur Selepas SPM’ hasil nukilan penulis sendiri. Mungkin siri kali ini sedikit panjang, jadi tahniah kepada sesiapa yg berjaya membaca patah demi patah perkataan dalam artikel kali ini.

Dalam bahagian pertama, penulis berjanji utk berkongsi serba sedikit input hasil kunjungan penulis ke UTP pada 2 Julai yg lalu. Jadi, izinkan penulis menjadi penglipur lara buat seketika (betul ke penglipur lara? hantam sajalah labu... hehe).

Kata beliau, antara faktor utama rakyat bekerja di Malaysia tak lain tak bukan ialah kerana D-U-I-T. Maksudnya di sini kalau majikan offer gaji rendah.. ”Sori banyak2 la yer, saya tolak tawaran ini.” Apabila ganjaran menjadi ukuran, benda-benda lain tak ubah macam rumput kat tepi jalan.

Berbeza dengan satu survey yg dijalankan di Britain. Faktor utama yg mendorong seseorang itu bekerja di sesuatu tempat ialah kerana persekitaran kerja (working environment), yakni persekitaran yg kondusif dan menyeronokkan utk bekerja.

Apa sangkut-paut kait-mait nya? Apabila mereka happy di tempat kerja, maka produktiviti akan meningkat. Tak hairanlah kenapa orang-orang British tersenyum saja kat tempat kerja tapi kita orang Malaysia pulak tepuk kepala.

Mungkinkah ini minat anda?

Sekarang mari kita kaitkan pula emosi di tempat kerja dengan pilihan kita selepas SPM...

Kenapa kita tidak happy di tempat kerja? Mungkin kerana..... (skill Sedara aka Ikhwan) .. minat kita sendiri terhadap sesuatu kerja itu. Kita sendiri pun tak suka buat sesuatu tanpa rela hati bukan?

Bagaimana hendak happy di tempat kerja? Iaitu dengan melakukan sesuatu yg kita minat sebagai pekerjaan seharian kita tanpa perlu disogok dengan gaji ataupun pangkat.

Macam mana nak terjemahkan minat kita tuh sebagai pekerjaan/karier? Iaitu dengan bermula daripada peringkat awal, yakni pada peringkat lepasan SPM. Ya, inilah yang ingin ditekankan oleh penulis dalam siri artikel ini, iaitu pemilihan bidang yg tepat selepas menempuh SPM.

Bagaimana hendak memilih bidang yg kita minat? Jawapan kepada soalan ini agak subjektif kepada penulis, kerana terdapat banyak cara bagaimana seseorang itu dapat menentukan hala tujunya nanti.

Mungkin apabila kita melakukan sesuatu (seperti tanam pokok, baca buku biol-ogi), kita merasa minat kita datang utk mengulangi kembali perbuatan itu. Apabila sudah berulang-ulang kali melakukannya tanpa merasa bosan atau jemu, maka ternyatalah itu minat kita yg sebenarnya.

Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman penulis sendiri (harap tak muntah ijau ataupun mengantuk la yer.. huhu). Semasa di sekolah rendah dulu2, cita-cita nak jadi angkasawan. Tapi bila Dr. Sheikh Mudzaffar dulu pergi ISS, frust menonggeng dibuatnya (gurau je ni, bukan real ekk.. hehe).

Maka alkisahnya pada suatu hari masa penulis duk ’ngakah’ komputer buruk kat umah ni, nak dijadikan cerita makhluk Allah ni rosak la pulak. Dalam buat-buat pandai (wak bijok ah lebih kurang) pegi baiki, maka makin parahlah kerosakannye.

Zaman-zaman kegemilangan hobi 'PC modding'..

Bila pergi hantar kedai, entah macam mana hati terpaut bila tengok juruteknik kedai buka CPU (ikut term saloh isitlah ni). Siap baiki, bawak balik rumah. Tak puas hati, bukak sendiri pulak CPU tuh. Dari situlah minat penulis terhadap komputer bermula. Tapi sekarang ni rasa minat pulak study enjin terutamanya enjin motor. Pasal itulah penulis bercita-cita hendak menjadi pakar IT ataupun jurutera automotif.

Mungkin anda minat 'bermain-main' dengan enjin? Siapa tahu kan..

Sekian (sambil buat gaya Cg. Rahimah), itu contoh bagaimana penulis boleh tertarik dengan bidang IT dan automotif. Diri anda? Usah kita terikut-ikut minat orang lain, karena bak kata iklan, mata boleh menipu, mulut boleh berbohong tapi jiwa tak pernah curang.

Insya-Allah kalau penulis ada kesempatan dan idea, artikel ini akan disambung ke bahagian seterusnya. Ataupun adakah sudak muak? Jika ya, penulis tidak keberatan menekan butang ’ . ’ di keyboard ini. Kata anda?

Sekian, mohon maaf jika post kali ni menimbulkan rasa kurang senang terhadap pembaca. Akhir kalam, renung-renungkan dan selamat beramal...

by malayneum,
0001, 24/7/2009

7/20/2009

Simpang-siur Selepas SPM

Assalamualaikum WBT.

Insya-Allah dalam hasil tulisan penulis yg pertama khas buat blog kesayangan warga 5A2 ini, akan penulis kongsikan ilmu dan pengetahuan yg serba sedikit dan daif ini buat tatapan semua warga 5A2 dan pengunjung amnya.

Seperti yg sedia maklum, hala tuju kita selepas SPM amatlah banyak cabangnya, tidak ubah seperti jalan-jalan di bandaraya K. Lumpur (ape kaetan die ek? hahaha.. bantai jelah). Besar sekali kepentingannya utk kita memilih jalan yg terbaik dalam usaha utk menuju ke puncak kecemerlangan diri.

Kita boleh memilih sama ada utk memohon ke IPTA (seperti UIA, UKM, UM dan sebagainya melalui Unit Pengambilan Universiti - UPU), program matrikulasi, IPTS (kolej swasta seperti MMU, Limkokwing, PTPL), kolej-kolej komuniti dan politeknik serta Tingkatan 6. Namun, harus diingat pilihan kita pada masa inilah yg akan menentukan siapakah diri kita 10-20 tahun akan datang.

Pertamanya, pemilihan kursus-kursus atau aliran atau course dalam bahasa Inggerisnya. Ramai pelajar pada masa kini yg memilih kursus menurut pilihan ibu bapa. Mengapa demikian? Kerana ibu bapa mahu anak-anak mereka mengikuti kursus2 yg dikatakan sebagai 'glamour' dan mempunyai prospek kerja yg bagus.

Namun sebenarnya anak-anaklah yang sepatutnya bebas memilih bidang yg mereka suka. Mengapa? Kerana anak-anaklah yg akan belajar, bukan ibu bapa. Bukanlah maksud penulis utk kita menderhakai ibu bapa, tetapi jikalau kita silap perhitungan pada saat ini, maka bolehlah dikonklusikan bahawa masa depan kita bakal berdepan zaman kelam.

Pernah dengar engineer kilang berhenti kerja dan jadi penternak lembu di kampung? Ya, itu hakikat yg sebenarnya. Secara simbolik ini menandakan walaupun aliran yg anda ambil di universiti ’glamour’, namun sumber rezeki kita sebenarnya ada di mana-mana, tanpa memerlukan segulung ijazah (tapi jangan pulak lepas ni ada yg xnak sambung belajar kat U pulak.. hehe).

Konklusinya, bermula dari sekarang tetapkan hala tuju anda. Tidaklah kita akan terpinga-pinga bila orang bertanya, ”Nok jadi mende besor2 kekgi?”. Selami dan terokai sedalam-dalamnya diri anda, dan insya-Allah anda akan menemui suatu bidang yg bakal menentukan masa depan anda kelak.

Dalam bahagian kedua artikel cabuk ini, penulis akan ceritakan serba sedikit input daripada kunjungan penulis ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 2 Julai yg lalu. Mohon maaf jika artikel pertama ini sedikit bosan (ye ah, skema nok mappuh kate orang) , tapi sengaja penulis menggunakan bahasa baku demi kemaslahatan bahasa Melayu.

Finally, today’s small mistake will brings disaster tomorrow. The choice is in your hand, so use it for a better future.

malayneum,
1815, 20/7/2009.

7/06/2009

jeng jenggggggg

tiba2 teringat sal sesuatu

apa kata kita buat lawatan kelas lps SPM nanti??

besstttttttttttttttttttttttttt......

tp mls wat ketas keje, kita gi senirik doh lah, tak yah nk libatkan pakcik zubir..hihi...peace!!
 

iLLeGaL KiTcHeN © 2008. Design By: SkinCorner