Showing posts with label aktiviti2. Show all posts
Showing posts with label aktiviti2. Show all posts

11/17/2009

The Final Battle

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Semua orang tahu, esok tibalah saat-saat yang kita semua nantikan selama 11 tahun berada di bangku persekolahan, iaitu saat di mana kita akan menempuh sesuatu.

Sesuatu yang bakal menentukan masa depan kita, sesuatu yang bakal mengukur tahap kesiap-siagaan kita, sesuatu yang menjadi indikator pencapaian zaman remaja kita, dan juga sesuatu yang bakal menjadi penamat kepada status kita semua sebagai 'budak sekolah'. Penulis enggan mengulas lanjut, karena sudah semestinya semua orang cukup tahu dan cukup mengerti apakah 'sesuatu' itu.

Cuma apa yang ingin penulis ucapkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki 'sesuatu' itu, semoga sentiasa dibuka fikiran, diterangkan pandangan, ditenangkan jiwa, dan dilapangkan dada oleh Allah SWT. Walau sebanyak mana pun usaha kita, walau setinggi gunung pun keringat dicurah, walau segunung ikhtiar pun kita perah, namun semuanya kembali kepada Yang Satu.

Marilah kita imbas kembali saat-saat kita berjaya menabur jasa di bumi SHAMS ini 2 tahun lalu. Masih ingatkah kalian pada saat-saat itu, betapa kita berjaya memahat nama, mencipta sejarah sebagai batch terbaik dalam peperiksaan PMR? Oleh itu, penulis menyeru kepada sahabat sekalian agar kita dapat mengulangi pencapaian lalu. Semoga dimakbulkan Allah jua segala doa, harapan, dan impian kita.

Dalam mengharungi saat-saat getir seperti ini, usahlah kita lupa pada Dia. Dia yang telah memberi kita kekuatan, Dia yang mengurniakan pengetahuan, dan Dia yang menguasai segala urusan. Ya Allah, semoga kami dijauhkan dari segala ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dimakbulkan..


Akhirul kalam, penulis mewakili 2 lagi panel penulis dan sahabat-sahabat 5 Muslim yang lain ingin memohon jutaan ampun dan maaf buat semua kiranya ada khilaf yang telah mengguris perasaan dan masih berkudis di hati. Harapan kami, agar doa kalian dapat mengiringi perjalanan getir kami sepanjang minggu-minggu peperiksaan ini.

Sekian sahaja post terakhir penulis sebagai penghuni rasmi The Illegal Kitchen 5 Muslim 2009. Salam peperiksaan!

"Bittaufiq wannajah fil imtihan"
"Tiada halangan pahat sejarah yang cemerlang"
"Biar jasa jadi kenangan"


malayneum : harap ampun harap maaf, blog sudah 2 bulan tidak ber-update :x


by malayneum,
1258, 17/11/09.

8/20/2009

Jamuan Qabla Ramadhan 5A2



Alhamdulillah, kelas 5a2 bjaya mengadakan aktiviti kebajikan,huhuuu,dgn mengadakan satu majlis yg cukup gilang gemilang....
JAMUAN QABLA RAMADHAN 2009 5 MUSLIM
pada 19/08/09...
Dengan limpahan makanan, majlis ni pasti menjadi kenangan terbaik kita sepanjang tahun(lepas raya wat pulop deh)...
Berikut, adalah antara scene2 yg manyaksikan kegembiraan penghuni rumah oku(eyh termasuk saya), silap2, penghuni dapur tak berasap tp sentiasa mengadakan bekwoh gempak :)



kad jemputan kawen, eyh kad undangan yg tak seberapa


Inilah menu utama kami...MI GORENG!! beno nyer, periuk tuh takde ah berat sangat sampai ada 6 org angkut...hihi



jamuan kami ni turut dikenali sbg jamuan kek2 coklat sedunia


deretan dadih yg menggoda...yummmmyyyyy...buah tgn drp izzan...

limpahan makanan yg tergoda, eh, menggoda..ni baru kat meja muslimat, belum lagi tgk kat mja muslimin

apa yg penting.. KERJASAMA!!... muslimat(kecuali sy) illegal kitchen seme nye dah layak jadi maid..hahaha..gurau jer seme


wan hisyam turut menunjukkan ketereran beliau membancuh air sambil diiringi pembancuh air rasmi jamuan kita afiqah
"kami lapo!!" itu lah nada jeritan batin muka2 dlm gambo ini




ensem betul cg addmath kita, mengalahkan jejaka lain...hihi...cg lah, antara tetamu pertama yg hadir..

senyuman menggoda teacher syahirah....auuuuwww

khusyuk ajer ustaz zaidi makan...sedap tak ustaz??

"inilah puding-aura, yg telah membuatkan perot kami kenyang" kata cg Physics kami, yg sdg cuba berlatih untuk iklan bioaura yg seterusnya

anas sedang cuba meng'tackle' ustazah madziah...hahaha...ada paper ke nih??



berselera nya ustaz Nazri makan..harini tak bwk bekal ke ustaz???hiiiii



"pada hari ini, kita akan bertanding saper mkn sikit dia yg kalah,"kata Cg Wahidah sambil diperhatikan dgn teliti oleh cg2 yg lain

jauhnya cg termenung...cuba korang tgk background gmbr ni, eyyyhhh ada org main tudung periuk, saper lar tu...wat malu tanah air jer...haha

"mmm, sodap mee ni..buleh lar amek jd menantu kat adik si fathi tu...molep2"monolog teacher yg sempat sy curi2 dengar

candid pic....muka2 jejaka malayu terakhir..mwahaha..kalo berkenan sila contact sy di public phone berdekatan anda

turn kitaorg plak nk berposing maut yer....

adakah ini finalis gadis kemboja suku akhir...untuk undian sila taip NAMA<>ILLEGAL KITCHEN dan hantarkan ke talian rumah sy..


haaaa, mereka sdg cuba mengurat cg...ishk3

kecok tak ketua kami???hahaha....gura je ...kacak tak keTUA kami??


posing tetap posing...introducing our penulung ketua kelas yg baik hati, marukuuuu

ayin berposing cute dgn latar belakang yg sangat santekk

rajin betul kan abg KP kita....hiiiii


memperkenalkan,pnulis blog ini, walaupon illegal, tetap ada pnulis: inchek ameerul hakeem




memperkenalkan, pnulis kedua blog ini: chek nadia syazwani



penulis ketiga merupakan manusia yg sgt pemalu...jd takdop gmbo nk dilampirkan..hahaha...angkt bakul naik sendiri...bakul apa tuh??bakul terbang!

jamuan kami selepas itu disambung dgn satu aktiviti iaitu blaja biology....

blaja di atas meja yg penuh dgn mknn- itulah IMPIAN KAMI!!!



time kaseh kepada photographer yg tak bertauliah yg sedia memberi gambar2 yg menarik nih kpd sy...kpd sesiapa yg nk koleksi gmbr jamuan, boleh kasi itu pendrive sama sy..

 

iLLeGaL KiTcHeN © 2008. Design By: SkinCorner