Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Insya-Allah kali ini penulis akan menyambung bahagian kedua dalam siri artikel cabuk ‘Simpang Siur Selepas SPM’ hasil nukilan penulis sendiri. Mungkin siri kali ini sedikit panjang, jadi tahniah kepada sesiapa yg berjaya membaca patah demi patah perkataan dalam artikel kali ini.
Dalam bahagian pertama, penulis berjanji utk berkongsi serba sedikit input hasil kunjungan penulis ke UTP pada 2 Julai yg lalu. Jadi, izinkan penulis menjadi penglipur lara buat seketika (betul ke penglipur lara? hantam sajalah labu... hehe).
Kata beliau, antara faktor utama rakyat bekerja di Malaysia tak lain tak bukan ialah kerana D-U-I-T. Maksudnya di sini kalau majikan offer gaji rendah.. ”Sori banyak2 la yer, saya tolak tawaran ini.” Apabila ganjaran menjadi ukuran, benda-benda lain tak ubah macam rumput kat tepi jalan.
Berbeza dengan satu survey yg dijalankan di Britain. Faktor utama yg mendorong seseorang itu bekerja di sesuatu tempat ialah kerana persekitaran kerja (working environment), yakni persekitaran yg kondusif dan menyeronokkan utk bekerja.
Apa sangkut-paut kait-mait nya? Apabila mereka happy di tempat kerja, maka produktiviti akan meningkat. Tak hairanlah kenapa orang-orang British tersenyum saja kat tempat kerja tapi kita orang Malaysia pulak tepuk kepala.

Mungkinkah ini minat anda?
Sekarang mari kita kaitkan pula emosi di tempat kerja dengan pilihan kita selepas SPM...
Kenapa kita tidak happy di tempat kerja? Mungkin kerana..... (skill Sedara aka Ikhwan) .. minat kita sendiri terhadap sesuatu kerja itu. Kita sendiri pun tak suka buat sesuatu tanpa rela hati bukan?
Bagaimana hendak happy di tempat kerja? Iaitu dengan melakukan sesuatu yg kita minat sebagai pekerjaan seharian kita tanpa perlu disogok dengan gaji ataupun pangkat.

Macam mana nak terjemahkan minat kita tuh sebagai pekerjaan/karier? Iaitu dengan bermula daripada peringkat awal, yakni pada peringkat lepasan SPM. Ya, inilah yang ingin ditekankan oleh penulis dalam siri artikel ini, iaitu pemilihan bidang yg tepat selepas menempuh SPM.
Bagaimana hendak memilih bidang yg kita minat? Jawapan kepada soalan ini agak subjektif kepada penulis, kerana terdapat banyak cara bagaimana seseorang itu dapat menentukan hala tujunya nanti.
Mungkin apabila kita melakukan sesuatu (seperti tanam pokok, baca buku biol-ogi), kita merasa minat kita datang utk mengulangi kembali perbuatan itu. Apabila sudah berulang-ulang kali melakukannya tanpa merasa bosan atau jemu, maka ternyatalah itu minat kita yg sebenarnya.
Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman penulis sendiri (harap tak muntah ijau ataupun mengantuk la yer.. huhu). Semasa di sekolah rendah dulu2, cita-cita nak jadi angkasawan. Tapi bila Dr. Sheikh Mudzaffar dulu pergi ISS, frust menonggeng dibuatnya (gurau je ni, bukan real ekk.. hehe).
Maka alkisahnya pada suatu hari masa penulis duk ’ngakah’ komputer buruk kat umah ni, nak dijadikan cerita makhluk Allah ni rosak la pulak. Dalam buat-buat pandai (wak bijok ah lebih kurang) pegi baiki, maka makin parahlah kerosakannye.

Zaman-zaman kegemilangan hobi 'PC modding'..
Bila pergi hantar kedai, entah macam mana hati terpaut bila tengok juruteknik kedai buka CPU (ikut term saloh isitlah ni). Siap baiki, bawak balik rumah. Tak puas hati, bukak sendiri pulak CPU tuh. Dari situlah minat penulis terhadap komputer bermula. Tapi sekarang ni rasa minat pulak study enjin terutamanya enjin motor. Pasal itulah penulis bercita-cita hendak menjadi pakar IT ataupun jurutera automotif.
Mungkin anda minat 'bermain-main' dengan enjin? Siapa tahu kan..
Sekian (sambil buat gaya Cg. Rahimah), itu contoh bagaimana penulis boleh tertarik dengan bidang IT dan automotif. Diri anda? Usah kita terikut-ikut minat orang lain, karena bak kata iklan, mata boleh menipu, mulut boleh berbohong tapi jiwa tak pernah curang.
Insya-Allah kalau penulis ada kesempatan dan idea, artikel ini akan disambung ke bahagian seterusnya. Ataupun adakah sudak muak? Jika ya, penulis tidak keberatan menekan butang ’ . ’ di keyboard ini. Kata anda?
Sekian, mohon maaf jika post kali ni menimbulkan rasa kurang senang terhadap pembaca. Akhir kalam, renung-renungkan dan selamat beramal...
by malayneum,
0001, 24/7/2009