12/17/2009
salam kemerdekaan
Baru saja smlm kita berpisah,rasa rindu da mula bertapak di hati ini..
tak sangka,pejam celik pejam celik,da 5 thn kita di shams..sekejap sj waktu berlalu kita sekarang da bergelar lepasan spm.. Dah tak lagi bergelar pelajar.. dah takde lagi perkataan kembali ke sekolah..huhu.. Da takde lg uniform sekolah, peraturan sekolah,guru2 dan yg paling sukar dilupakan, kamu semua,sahabatku.. Sy rindu kalian..sy rindu smua saat yg telah kita habiskan bersama sepanjang tahun ini.. Sy rindukan bekwoh selasa.. Sy rindukan illegal kitchen..sy rindukan kelas 5a2.. Sy rindu akan keceriaan,senyuman,gelak ketawa,gurau senda,nasihat dan tazkirah serta kemesraan hubungan persahabatan kita..
Tiada ucapan yg mampu meluahkan rasa hati sy..hanya tulisan yg cakar aym ni,hihi,da ngarut ni, jd saksi kerinduan sy kpd shmas..semoga keakraban kita akan terus berkekalan hingga akhir hayat..
Sy syg kamu semua!!
11/17/2009
The Final Battle
Semua orang tahu, esok tibalah saat-saat yang kita semua nantikan selama 11 tahun berada di bangku persekolahan, iaitu saat di mana kita akan menempuh sesuatu.
Sesuatu yang bakal menentukan masa depan kita, sesuatu yang bakal mengukur tahap kesiap-siagaan kita, sesuatu yang menjadi indikator pencapaian zaman remaja kita, dan juga sesuatu yang bakal menjadi penamat kepada status kita semua sebagai 'budak sekolah'. Penulis enggan mengulas lanjut, karena sudah semestinya semua orang cukup tahu dan cukup mengerti apakah 'sesuatu' itu.
Cuma apa yang ingin penulis ucapkan kepada semua calon-calon yang akan menduduki 'sesuatu' itu, semoga sentiasa dibuka fikiran, diterangkan pandangan, ditenangkan jiwa, dan dilapangkan dada oleh Allah SWT. Walau sebanyak mana pun usaha kita, walau setinggi gunung pun keringat dicurah, walau segunung ikhtiar pun kita perah, namun semuanya kembali kepada Yang Satu.
Marilah kita imbas kembali saat-saat kita berjaya menabur jasa di bumi SHAMS ini 2 tahun lalu. Masih ingatkah kalian pada saat-saat itu, betapa kita berjaya memahat nama, mencipta sejarah sebagai batch terbaik dalam peperiksaan PMR? Oleh itu, penulis menyeru kepada sahabat sekalian agar kita dapat mengulangi pencapaian lalu. Semoga dimakbulkan Allah jua segala doa, harapan, dan impian kita.
Dalam mengharungi saat-saat getir seperti ini, usahlah kita lupa pada Dia. Dia yang telah memberi kita kekuatan, Dia yang mengurniakan pengetahuan, dan Dia yang menguasai segala urusan. Ya Allah, semoga kami dijauhkan dari segala ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dimakbulkan..

Akhirul kalam, penulis mewakili 2 lagi panel penulis dan sahabat-sahabat 5 Muslim yang lain ingin memohon jutaan ampun dan maaf buat semua kiranya ada khilaf yang telah mengguris perasaan dan masih berkudis di hati. Harapan kami, agar doa kalian dapat mengiringi perjalanan getir kami sepanjang minggu-minggu peperiksaan ini.
Sekian sahaja post terakhir penulis sebagai penghuni rasmi The Illegal Kitchen 5 Muslim 2009. Salam peperiksaan!
"Bittaufiq wannajah fil imtihan"
"Tiada halangan pahat sejarah yang cemerlang"
"Biar jasa jadi kenangan"
malayneum : harap ampun harap maaf, blog sudah 2 bulan tidak ber-update :x
by malayneum,
1258, 17/11/09.
9/23/2009
Warga2 5a2 Sklian....
untuk mirol akeem sorry cz x bbncang ngn awk..hehe..
so, warge illegal kitchen skalian, sy ingn mmberi kuasa kpd korg untk mncdgkan name calon2 pgepos baru kite..kite akn mlantik sorg laki n 2 ppuan r kalau bleh..
ok x??kalau ad cdgn laen dialu2kan..
kalau stuju, jlankan tanggungjawab anda skrg..ceyh, cm plihan raye la plak..huk2..korg cadang la name yg korang suke tuh..kalau nk cadang name sniri pn xpe..peace..!!!
9/20/2009
Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua warga 5 Muslim (5A2) khasnya dan semua pengunjung laman sesawang ini amnya. Marilah kita sama-sama bermaafan pada hari yang mulia ini. Namun usahlah kita hanya bermaafan pada hari ini sahaja, sebaliknya jadikanlah ia amalan kita.
Bagi pihak tuan tanah dan panel penulis blog ini, ana memohon jutaan kemaafan daripada semua sahabat sama ada di dunia nyata mahupun di alam maya. Sesungguhnya manusia itu tidak lepas daripada kesilapan.
Kepada yang berkenderaan, berhati-hatilah di jalan raya. Usahlah jadikan diri anda dan orang lain sebahagian daripada statistik Ops Sikap XX.
~~Salam lebaran dari kami warga Illegal Kitchen 5A2~~








0934, 20/09/2009.
1 Syawal 1430H.
8/31/2009
Salam Imtihan
Seperti yang kita semua tahu, insya-Allah Peperiksaan Percubaan (Trial) SPM 2009 akan bermula esok. Kepada semua warga 5 Muslim khususnya dan student form 5 SHAMS amnya, selamat menduduki peperiksaan. Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan memberi kelebihan dan ketenangan buat kita semua, insya-Allah... bittaufiq wannajah fil imtihana biiznillah, amin... salam peperiksaan dan salam kemerdekaan.

by malayneum,
1711, 31/08/2009.
8/22/2009
Salam Ramadhan

Telah tercatit di dalam hadith bahawa : " Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya akan keutamaan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun sepatutnya menjadi bulan Ramadhan."

psanan pnaja: slamat bpuasa sume!!!!!
8/20/2009
Jamuan Qabla Ramadhan 5A2
ensem betul cg addmath kita, mengalahkan jejaka lain...hihi...cg lah, antara tetamu pertama yg hadir..senyuman menggoda teacher syahirah....auuuuwww
khusyuk ajer ustaz zaidi makan...sedap tak ustaz??
"inilah puding-aura, yg telah membuatkan perot kami kenyang" kata cg Physics kami, yg sdg cuba berlatih untuk iklan bioaura yg seterusnya
berselera nya ustaz Nazri makan..harini tak bwk bekal ke ustaz???hiiiii
"pada hari ini, kita akan bertanding saper mkn sikit dia yg kalah,"kata Cg Wahidah sambil diperhatikan dgn teliti oleh cg2 yg lain
jauhnya cg termenung...cuba korang tgk background gmbr ni, eyyyhhh ada org main tudung periuk, saper lar tu...wat malu tanah air jer...haha
"mmm, sodap mee ni..buleh lar amek jd menantu kat adik si fathi tu...molep2"monolog teacher yg sempat sy curi2 dengar
turn kitaorg plak nk berposing maut yer....
adakah ini finalis gadis kemboja suku akhir...untuk undian sila taip NAMA<>ILLEGAL KITCHEN
haaaa, mereka sdg cuba mengurat cg...ishk3
kecok tak ketua kami???hahaha....gura je ...kacak tak keTUA kami??
posing tetap posing...introducing our penulung ketua kelas yg baik hati, marukuuuu
ayin berposing cute dgn latar belakang yg sangat santekk
rajin betul kan abg KP kita....hiiiii
memperkenalkan,pnulis blog ini, walaupon illegal, tetap ada pnulis: inchek ameerul hakeem
memperkenalkan, pnulis kedua blog ini: chek nadia syazwani
penulis ketiga merupakan manusia yg sgt pemalu...jd takdop gmbo nk dilampirkan..hahaha...angkt bakul naik sendiri...bakul apa tuh??bakul terbang!
jamuan kami selepas itu disambung dgn satu aktiviti iaitu blaja biology....
blaja di atas meja yg penuh dgn mknn- itulah IMPIAN KAMI!!!
time kaseh kepada photographer yg tak bertauliah yg sedia memberi gambar2 yg menarik nih kpd sy...kpd sesiapa yg nk koleksi gmbr jamuan, boleh kasi itu pendrive sama sy..
8/17/2009
Rombongan Cik Kiah 5A2
hapdet time~!!! story kali ni pasal lawatan sambil mencekik rakyat marhaen 5A2 ke rumah teacher BI kami yg sporting, tak lain tak bukan teacher Mahsuri... meh pakat2 bace meh.. [ana sekadar tukang post, writer asal meminta nama beliau dirahsiakan..]
Hari ini nak berstory kisah lawatan bermaklumat kami semua ke rumah Tc Mahsuri sempena kelahiran baby nya yang baru..
Sungguh kasihan pada yg x nmpak tu…sori eh! Lain kali, bile amik gamba,
Duduk diam2…
Yang ni gambar spesel sebab tc, baby dan fathi tidak dikelilingi oleh mana2 manusia lain..
fathi agak tersengeh dalam gambar ini..
Yang ini pulak gambar tiga orang pekerja sambilan di rumah teacher.. walaupun dengan berseragam sekolah, kerja tetap kerja..
Pose menarik daripada pakcik Hafidzu..
(Dek kegairahan mengait buah mmpelam, disedari rupanya pokok tersebut bukannya tc yg punya… entah mempelam sape diorang rembat!)
Izzan sibuk menjadi konduktor van… "cepat2,,sapa nak naik lagik..?? dua singgit..dua singgiiiiiiiiit...."
[saper la yg buat jelingan seram (jelingan manja pun ade gak..) dalam van tu?]
Lakonan Terlampau..yang sorang tengok langit..yang seorang nih tengok pokok..yg tidur terlenggok pun ade…entah ape2 ntah mereka nih.. tapi yang pasti, Pjoe sedang melihat seorang awek yang lalu di hadapannya..
Waw!!seksanya Abang Anas kita nih..nak tunjuk kat sapa 2??hu3.
ayin pulak dengan senyuman manis nya..
Er, sapa yang tunduk2 tuh..??jeng3..
makluman, yang tunduk tu bukan budak kelas 5a2…Dot!
Last, gambar Fathi yang tOmey2..
Dia memang kelakar sangat2..besh main2 dengan dia..
-dia dengki org amik gambo…sebab tu ye nak amik jugak-
Sekian…
Editor : minta dirahsiakan
Jurugambar : AyiN
by malayneum,
1733, 17/08/09